Isnin, 6 Julai 2009

Kemenangan Hamas di Palestin, Suatu pengajaran

Sebelum saya mengulas berhubung dengan kemenangan Hamas di Palestin, terlebih dahulu kita perlu mengetahui mengenai perjuangan di Palestin. Palestin telah dirampas oleh orang-orang Yahudi lalu mereka menubuhkan negara Haram Israel. Mereka merampas tanah air orang Islam dan mengaku bahawa itu negara mereka. Ini merupakan satu peristiwa yang sangat dahsyat di dalam sejarah dunia.

Ia berlaku sebaik sahaja polisi penjajah untuk merampas negara Palestin dijalankan semenjak zaman kelemahan kerajaan Othmaniyah sehingga ke zaman penjajahan. Umat Islam menjadi begitu lemah kecuali pejuang-pejuang Islam yang sebenar sahaja yang meneruskan untuk mempertahankan Palestin.

Perjuangan tersebut bermula daripada perjuangan as-Sheikh Muhammad al-Aminul Husaini, mufti Palestin, Sheikh az-Zudir al-Qassam, seorang imam daripada Syria yang telah dibuang negeri ke Palestin, Abdul Qadir al-Husaini, seorang cerdikiawan Palestin lulusan daripada American University di Kaherah.

Abdul Qadir al-Husaini adalah merupakan pelajar terbaik di American University, Kaherah. Pada masa itu Barat telah menubuh beberapa buah American University di Timur Tengah seperti di Kaherah dan di Beirut. Universiti ini juga merupakan agenda penjajah untuk merosak Siapa yang lulus dari universiti ini akan berpeluang menjadi orang-orang ternama di negara masing-masing.
Abdul Qadir al-Husaini ini juga merupakan pelajar terbaik di American University Kaherah pada ketika itu. Sebaik sahaja selepas menerima ijazah, beliau telah meluru ke arah mikrofon dan terus membuat ucapan. Beliau berkata, “Saya adalah pelajar terbaik di universiti ini dan saya ingin mendedahkan bahawa universiti ini adalah universiti yang mahu menghancurkan Islam. Saya berikrar bahawa saya akan memperjuangkan Islam.” Selesai sahaja ucapannya beliau terus mengoyakkan sijilnya di hadapan khalayak ramai.

Peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang paling hebat di dalam sejarah Islam pada abad ke dua puluh. Beliau telah melakukannya dihadapan para diFatahmat asing, sehinggakan diFatahmat British dan Perancis mendesak kerajaan Mesir agar menghalau Sheikh Abdul Qadir al-Husaini daripada Mesir. Lalu beliau telah menuju ke Palestin dan menyertai perjuangan Islam bersama-sama dengan Shekh Muhammad al-Aminul Husaini, Sheikh az-Zudir al-Qassam dan pejuang-pejuang lain.



Dalam tahun 1948, Israel telah mengisytiharkan negara haramnya. Pada masa itu, perjuangan telah disertai oleh tentera Arab. Tetapi malangnya, tentera Arab telah dibekakan dengan senjata-senjata buruk.

Perjuangan mereka juga telah disertai sama leh kumpulan al-Ikhwanal Muslimoon daripada Mesir yang diketuai oleh as-Sheikh Hassan al-Banna dan juga al-Ikhwanal Muslimoon daripada Syria dan juga dari seluruh negara-negara Teluk sehingga pihak Yahudi hampir-hampir kalah dalam peperangan tersebut.

Lalu dengan muslihat Barat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengadakan persidangan tergempar dan mencadangkan agar diadakan gencatan senjata. Selepas itu para pemimpin Arab mengarah agar tentera mereka diundurkan dan para pejuang mujahiddin di paksa menerima gencatan senjata. Selepas itu seorang demi seorang pemimpin mujahiddin ditangkap dan dibunuh, termasuk as-Syahid Hassan al-Banna ditembak di Mesir. Dalam masa yang sama, gencatan senjata tersebut telah memberi peluang kepada Amerika Syarikat membawa masuk senjata untuk membantu tentera Yahudi bagi mengukuhkan kedudukan mereka di Paestin.

Pada mulanya perjuangan ini dilakukan oleh para pejuang mujahiddin, tetapi setelah seorang demi seorang pemimpin mujahiddin ditangkap dan dibunuh, maka perjuangan tersebut diteruskan oleh golongan nasionalis. Setelah mereka mengambil alih perjuangan di Palestin, maka para pejuang Islam dipinggirkan. Sehinggalah mereka merancang satu projek bagi menubuhkan negara Palestin dalam keadaan negara tersebut tidak lagi memiliki daulat. Mereka menubuhkan sebuah kerajaan dimana sumber kewangan mereka dibiayai oleh British, Amerika dan egara-negara Arab yang lain.

Sementara kumpulan Islam tidak mendapat sebarang bantuan. Malah, jika terdapat peniaga-peniaga yang cuba memberi sumbangan kepada kumpulan, mereka akan dihalang dan disekat, terutamanya selepas berlaku peristiwa 11 September 2001.


Apabila Hamas menerima sumbangan dari beberapa buah kumpulan Islam yang lain, maka dapatlah mereka menjalankan kerja-kerja bagi menarik sokongan kepada perjuangan mereka, walaupun tidak sama jumlahnya dengan apa yang diperolehi oleh Fatah.

Bezanya ialah, walaupun Fatah mempunyai sumbangan yang banyak, tetapi wang tersebut telah diselewengkan sesama sendiri, dengan mereka melaksanakan projek yang boleh mengenyangkan perut mereka sendiri.

Sebaliknya, Hamas telah melaksanakan projek kebajikan. Dengan sumber kewangan yang sedikit itu, mereka telah mendirikan hospital, sekolah, pusat didikan kanak-kanak, mendirikan rumah anak-anak yatim, memberi bantuan kepada para janda yang suami mereka syahid di dalam peperangan, memberi bantuan kepada isteri-isteri yang suami mereka ditahan dan ditangkap dan berbagai-bagai kerja-kerja kebajikan yang lain.

Kerja-kerja yang telah mereka laksanakan itu telah berjaya menarik rakyat Palestin untuk menyokong mereka. Apabila pilihanraya diadakan, Hamas telah menggunakan strategi serampang dua mata, dimana sebahagian dari mereka meneruskan Jihad menentang Israel, manakala sebahagian yang lain menyertai pilihanraya. Pada masa itu, kuasa Barat tidak boleh menghalang Hamas daripada menyertai pilihanraya, kerana selama ini mereka telah melaung-laungkan agar demokrasi dihidupkan. Dan sebenarnya Barat sendiri tidak menjangka bahawa Hamas boleh memenangi pilihanraya tersebut.

Media Barat telah menyiarkan secara terang-terangan apabila Amerika memberi sejumlah wang yang banyak kepada Fatah untuk menumbangkan Hamas. Malah mereka dengan bangga menyatakan bahawa mereka hanya akan membantu parti-parti yang mendukung demokrasi dan mereka tidak akan memberi bantuan kepada parti-parti yang menyokong keganasan. Semasa proses pengundian dijalankan, penipuan dan penyelewengan yang dilakukan lebih teruk daripada kita lagi, sehingga semasa pilihanraya tersebut berjalan, hampir 20 orang calun Hamas berada dalam penjara.

Di antara fakta yang membawa kejayaan kepada Hamas ialah mereka telah berjaya dalam kerja-kerja kebajikan, mereka telah berjaya menguasai masjid dan surau. Selain itu, Hamas telah mengambil satu lagi strategi, iaitu mereka mengisytiharkan bahawa Hamas tidak berminat untuk mendirikan kerajaan Islam. Tujuan mereka berkata begitu adalah semata-mata untuk mengelirukan Amerika. Oleh itu, rahsia kemenangan Hamas ialah kerja-kerja kebajikan yang berterusan yang telah mereka laksanakan semenjak sekian lama dan ita perlu menjadikan ini sebagai pengajaran dalam meneruskan perjuangan kita di negara kita ini.


Sumber: http://presidenpas.blogspot.com/2006/03/kemenangan-hamas-di-palestin-suatu.htm