Taliban
merupakan pergerakan Islam yang memerintah sebahagian besar Afghanistan dari 1996 sehingga 2001, walaupun hanya mendapat pengiktirafan diplomatik dari tiga negara (Amiriah Arab Bersatu, Pakistan, dan Arab Saudi). Ahli-ahli paling berpengaruh, termasuk Mullah Mohammed Omar, pemimpin pergerakan tersebut, merupakan ulama madrasah kampung biasa. Taliban bererti "pelajar agama" dalam bahasa Pashto. Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara perperangan antara ketua perang mujahideen yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang; ia membawa kebaikan politik dengan mengurangkan pertempuran antara puak (sungguhpun pihak Taliban bertempur sengit dengan musuhnya, kuasa menyeluruhnya mengurangkan jumlah pecahan puak yang bertelagah); dan ia membawa kebaikan sosial dengan mengenakan kestabilan yang dialu-alukan kepada masyarakat yang kacau bilau. Pihak Taliban mendapat sokongan meluas dari puak Pashtun Afganistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya.

Ketua Agama Taliban Adalah Ketua Negara
Lagenda Taliban menyatrakan bahawa pada musim bunga 1994, apabila mendengar dua orang gadis diculik dan dirogol di pusat pemeriksaan mujahidin di perkampungan Sang Hesar berhampiran Kandahar, mullah tempatan, Mohammed Omar, a veteran of the Harakat-i Inqilab-i Islami faction of mujahideen, mengumpul tiga puluh taliban lain membentuk pasukan pejuang, menyelamatkan gadis tersebut dan menggantung komander mujahideen yang bertanggung jawab. Selapas kejadian ini, menurut lagenda Taliban, perkhidmatan pejuang keugamaan yang alim ini amat dialu-alukan oleh penduduk kampung yang diganggu oleh mujahideen liar ini, dan dengan itu terbentuklah Taliban. Berikutan selepas kejadian ini, Omar lari ke Balochistan wilayah Pakistan, dari mana beliau muncul pada musim luruh, dilaporkan dengan 1,500 taliban pasukan bersenjata lengkap dan dibiayai dengan baik, yang akan menyediakan perlindungan untuk satu konvoi perdagangan Pakistan yang membawa barang-barang melalui darat ke Turkmenistan. Bagaimanapun, banyak laporan mencadangkan bahawa konvoi itu sebenarnya dipenuhi pejuang-pejuang Pakistan yang berlakun sebagai taliban, dan yang Taliban telah memperolehi banyak senjata, latihan ketenteraan, dan bantuan ekonomi daripada Pakistan.
Kehidupan Di Bawah Taliban
Apabila berkuasa, Taliban melaksanakan undang-undang Islam. Taliban pernah memulakan rom
