Khamis, 16 Julai 2009

Kenali Taliban (Siri1)

Taliban merupakan pergerakan Islam yang memerintah sebahagian besar Afghanistan dari 1996 sehingga 2001, walaupun hanya mendapat pengiktirafan diplomatik dari tiga negara (Amiriah Arab Bersatu, Pakistan, dan Arab Saudi). Ahli-ahli paling berpengaruh, termasuk Mullah Mohammed Omar, pemimpin pergerakan tersebut, merupakan ulama madrasah kampung biasa. Taliban bererti "pelajar agama" dalam bahasa Pashto. Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara perperangan antara ketua perang mujahideen yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang; ia membawa kebaikan politik dengan mengurangkan pertempuran antara puak (sungguhpun pihak Taliban bertempur sengit dengan musuhnya, kuasa menyeluruhnya mengurangkan jumlah pecahan puak yang bertelagah); dan ia membawa kebaikan sosial dengan mengenakan kestabilan yang dialu-alukan kepada masyarakat yang kacau bilau. Pihak Taliban mendapat sokongan meluas dari puak Pashtun Afganistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya.


Ketua Agama Taliban Adalah Ketua Negara


Lagenda Taliban menyatrakan bahawa pada musim bunga 1994, apabila mendengar dua orang gadis diculik dan dirogol di pusat pemeriksaan mujahidin di perkampungan Sang Hesar berhampiran Kandahar, mullah tempatan, Mohammed Omar, a veteran of the Harakat-i Inqilab-i Islami faction of mujahideen, mengumpul tiga puluh taliban lain membentuk pasukan pejuang, menyelamatkan gadis tersebut dan menggantung komander mujahideen yang bertanggung jawab. Selapas kejadian ini, menurut lagenda Taliban, perkhidmatan pejuang keugamaan yang alim ini amat dialu-alukan oleh penduduk kampung yang diganggu oleh mujahideen liar ini, dan dengan itu terbentuklah Taliban. Berikutan selepas kejadian ini, Omar lari ke Balochistan wilayah Pakistan, dari mana beliau muncul pada musim luruh, dilaporkan dengan 1,500 taliban pasukan bersenjata lengkap dan dibiayai dengan baik, yang akan menyediakan perlindungan untuk satu konvoi perdagangan Pakistan yang membawa barang-barang melalui darat ke Turkmenistan. Bagaimanapun, banyak laporan mencadangkan bahawa konvoi itu sebenarnya dipenuhi pejuang-pejuang Pakistan yang berlakun sebagai taliban, dan yang Taliban telah memperolehi banyak senjata, latihan ketenteraan, dan bantuan ekonomi daripada Pakistan.

Kehidupan Di Bawah Taliban


Apabila berkuasa, Taliban melaksanakan undang-undang Islam. Taliban pernah memulakan rombakan kerajaan, pengganti yang mereka lantik mempunyai banyak pengalaman memerintah. Ramai yang mempunyai latihan ulamak, sarjana terpelajar mengenai Undang-undang Islam. Banyak kumpulan-kumpulan Anti-Islam takut dengan kebangkitan Islam sekali lagi, kerana Afganistan merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan Undang-undang Islam yang lengkap. Hasilnya, kumpulan ini memulakan kempen propaganda selepas 2000, kebanyakkan dalam bentuk yang digelar penderaan wanita, dadah dan sebagainya. Taliban melarang pengusahaan candu popi di 2000, disebabkan oleh sebab-sebab keagamaan. Pengeluaran jatuh dari 4000 tan pada tahun 2000 (kira-kira 70% bekalan dunia) kepada 82 tan dalam tahun 2001, kebanyakan yang mana adalah dituai dalam bahagian Afghanistan yang diawasi oleh Perikatan Utara. Ini adalah apa yang dikatakan oleh menteri agama, Al-Haj Maulwi Qalamuddin, kepada New York Times: "Untuk sebuah negara yang terbakar, dunia ingin memberi mancis. Mengapa terdapat kerisauan mengenai wanita? Roti terlalu mahal. Tiada kerja yang ada. Budak-budak lelaki juga tidak pergi ke sekolah. Namun apa yang saya dengar adalah mengenai wanita. Di mana dunia apabila lelaki di sini ialah mencemar maruah mana-mana wanita mereka mahu?" Ini apa yang taliban katakan mengenai Pendidikan: "Bertentangan dengan lapuran mengenai pendidikan wanita dalam akhbar, angka-angka yang di dapati dari sektor pendidikan di Afghanistan, mendedahkan bahawa pendidikan wanita di pedalaman Afghanistan meningkat. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh ahli Jawatankuasa Swedish bagi Afghanistan (Swedish Committee for Afghanistan) (SCA), hampir 80 peratus bagi sekolah wanita terletak di kawasan luar bandar di bawah pentadbiran Negara Islam Afghanistan beroperasi sepenuhnya. Ms. Pia Karlsson, penasihat pendidikan di Unit Sokongan Latihan Teknikal (Education Technical Support Unit) (ETSU) bagi SCA , berkata dalam satu temubual yang akhir-akhir ini diterbit oleh Frontier Post, akhbar harian Bahasa Inggeris yang berpangkalan di Peshawar bahawa hanya di dalam wilayah Ghazni, di mana Negara Islam di bawah kepimpinan TIMA berkuasa untuk dua tahun terakhirnya, kira-kira 85 peratus wanita masih di sekolah. Ms. Karlsson kata, "gambaran di luar bandar berbeza sepenuhnya."





















Tiada ulasan: