Isnin, 27 Julai 2009

AWAS ISRAEL

Ketua Pengawal Revolusi Iran mengeluarkan kenyataan bahawa kecanggihan senjata negaranya mempunyai kemampuan untuk menyerang akses kemudahan nuklear Israel dan sekali-kali tidak takut jika diserang kerana meneruskan program nuklearnya.


“Jika Israel melibatkan diri dalam mana-mana serangan ke atas Negara kami, kami mempunyai kemampuan untuk melancarkan serangan ke semua sasaran wilayah-wilayah di Israel”, kata Jeneral Mohammad Ali Jafari kepada televisyen al-alam ketika di wawancara pada 25 Julai lepas. “Ini kerana kami mempunyai peningkatan dan perkembangan persenjataan yang baik dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini”. Iran menjadi seteru Israel selepas Revolusi Iran tahun 1979 apabila Ayatullah Khomeini mengetuai penubuhan Republik Islam Iran.


Sumber: Metrotvnews.com





Tiada ulasan: