Rabu, 29 Julai 2009

ABU MARYAM DAN JIHAD DI MINDANAO

Dr. Abu Maryam adalah seorang doktor perubatan dari dari Mesir, yang juga mempelajari Ilmu Islam pada masa yang sama. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maryam, lantas nama beliau sedemikian, Abu Maryam. Meninggalkan isteri dan puteri beliau di Mesir, Abu Maryam tiba di bumi Jihad selatan Filipina dan tinggal di sana selama dua tahun membantu umat Islam Moro mempertahankan diri dan Islam daripada penindasan kerajaan Filipina. Keperibadian beliau dapat digambarkan sebagai seorang yang sedikit percakapannya tetapi banyak tindakannya. Beliau akan mengajarkan ilmu Islam kepada semua Mujahideen. Pada masa yang sama, beliau akan mengubati mereka yang mengalami kecederaan dan jatuh sakit. Pada masa yang sama juga, beliau akan ke barisan hadapan dan berjuang pada Jalan Allah. Jelas sekali, beliau berusaha gigih membuat kebaikan pada setiap lapangan dan cara.

Saya mengenali beliau selama berbulan-bulan dan tempat tidur saya bersebelahan dengan beliau. Beliau kerap sekali menunaikan solat malam - bukan sekadar satu atau dua jam, tetapi sepanjang malam. Apabila saya terjaga dari tidur pada jam 10 malam, beliau sedang bersolat. Kemudian pada jam 12 malam, saya mendapati beliau sedang bersolat. Hinggakan pada jam 3 pagi, beliau masih bersolat. Saya selalu tertanya-tanya seorang diri, “Bilakah hamba Allah ini tidur atau berehat?” Beliau bukannya begini untuk satu atau dua malam, tetapi sehingga berminggu-minggu.

Kemudian renungkan pula akan kegigihan beliau berjuang dalam keadaan persekitaran yang panas, cuaca tropika Filipina yang amat meletihkan. Dalam keadaan yang penuh mencabar ini, beliau biasanya berpuasa pada kebanyakan hari. Saya selalu tertanya-tanya bilakah beliau akan makan. Bibir beliau senantiasa basah dengan zikir mengingati Allah SWT. Tangan beliau sentiasa diisi dengan kitab Allah. Inilah yang diutamakan beliau, inilah yang mengisi masa terluang beliau.

Semasa Abu Maryam tinggal di Filipina, suatu kejadian yang menyayat hati telah berlaku. Tentera Kerajaan Filipina, di bawah arahan Ketua Komander, Tentera Kerajaan Filipina di Selatan Filipina, telah melancarkan satu serangan bedilan artileri yang hebat ke atas hospital para Mujahideen. Mereka mengebomnya dengan mortar, artileri dan roket. Kerosakan yang disebabkan oleh serang ini sangat teruk: seluruh hospital tersebut musnah, 22 orang umat Islam terbunuh (termasuklah para Mujahideen yang sedang dirawat, wanita dan kanak-kanak) dan ramai lagi yang cedera. Ini merupakan satu tindakan jenayah perang. Walaupun ketika dalam peperangan, serangan ke atas hospital, samada hospital awam mahupun hospital tentera, tidak dibenarkan. Abu Maryam berada di kawasan tersebut ketika serangan tersebut. Beliau berusaha sedaya upaya beliau membantu mereka yang tercedera melarikan diri dari runtuhan hospital tersebut. Beliau sangat sedih dan marah atas keganasan yang telah dilakukan oleh pihak Tentera Kerajaan Filipina tersebut.

Pada petang yang sama, Ketua Komander tersebut muncul di kaca National Television dan dengan bangganya mengumumkanm “Hari ini kami telah berjaya memusnahkan sebuah markas pengganas. Tiada orang awam yang mati dan tiada hospital yang dibedil.” Apabila Abu Maryam melihat perkara ini, satu tekad yang mendalam disematkan di lubuk hati beliau. Satu tekad yang sangat tinggi yang hanya mungkin ditanamkan oleh seseorang yang telah menjual jiwanya kepada Allah SWT, sebuah perniagaan yang amat berharga.

Pada petang yang sama, Abu Maryam mula bertanyakan mengenai Ketua Komander tersebut; lokasinya, markasnya dan ibu-pejabatnya. Minggu demi minggu berlalu, Abu Maryam terus mengumpulkan maklumat mengenai Ketua Komander tersebut. Dengan setiap maklumat yang didapati beliau, beliau akan keluar bersama kamera, senjata dan sedikit makanan - menghabiskan waktu sehingga beberapa hari pada satu-satu masa, meneliti lokasi-lokasi tersebut. Beliau mengambil gambar kawan-kawasan berkenaan, markas-markas dan juga bangunan-bangunan yang berkaitan dengan Ketua Komander tersebut. Beliau biasanya ditemani oleh seorang mujahid dari Taif, sebuah bandar berhampiran dengan Mekah, Azzam.

Beberapa bulan kemudian, Abu Maryam memutuskan bahawa sudah tepat masanya untuk si kafir laknatullah itu membayar hutang darah-darah umat Islam yang ditumpahkannya. Abu Maryam al-Misri dan Azzam at-Taifee bergerak menuju ke sasaran mereka berbekalkan senjata, bekalan dan keimanan yang tinggi. Mereka juga dibantu oleh seorang Mujahid Moro yang bertindak sebagai pembantu sepanjang perjalanan. Sasaran mereka adalah ibu-pejabat Tentera Kerajaan Filipina bagi seluruh selatan Filipina, yang juga merupakan markas Ketua Komander tersebut. Ibu-pejabat yang terletak di tengah-tengah sebuah bandar ini menempatkan kira-kira 2000 orang tentera kerajaan.

Ketiga-tiga mereka berjaya tiba ke destinasi seperti yang dirancang. Mujahid Moro tersebut mengambil tempat di luar ibu-pejabat tersebut, pada posisi yang membolehkan beliau meninjau keseluruhan ibu-pejabat tersebut. Abu Maryam bersama Azzam pula terus menuju ke pintu masuk markas tersebut. Pengawal markas yang tidak mengesyaki apa-apa dibunuh dengan mudah. Mereka terus memasuki markas tersebut dan bertempur dengan askar-askar Filipina yang terkejut dengan serangan secara tiba-tiba tersebut. Selepas beberapa minit pertempuran dengan senjatapi automatik dan bom tangan, ramai askar-askar Filipina yang mengawal kawasan hadapan markas tersebut terbunuh dan selebihnya melarikan diri ke belakang. Azzam kemudiannya mengambil tempat di bahagian luar dan Abu Maryam terus memasuki kawasan utama markas tersebut seorang diri.

Beliau terus menghamburkan peluru dan bom tangan di dalam markas tersebut dan mara ke sebuah bangunan di tengah-tengah markas terseubt, yang menempatkan para pegawai. Beliau memasuki bangunan ini, membunuh tiga orang pegawai tentera yang cuba menghalang beliau. Beliau kemudiannya terus menembak dan mara ke tingkat dua menuju ke pejabat Ketua Komander tersebut. Ketua Komander tersebut, dalam keadaan kacau-bilau dengan hiruk-pikuk dentuman peluru dan bom tangan, cuba melarikan diri. Dia kemudiannya melompat keluar melalui tingkap pejabatnya. Dengan kuasa Allah SWT, pakaiannya tersangkut pada serpihan bingkai tingkap. Dalam kepanikannya cuba melepaskan diri, Abu Maryam memasuki pejabat tersebut dan memuntahkan peluru senjatapinya ke tubuh Ketua Komander tersebut. Bangkainya binatang kejam yang mengarahkan serangan ke atas hospital para Mujahideen dan membunuh 22 orang umat Islam akhirnya jatuh menyembah bumi.

Selepas menunaikan tekad beliau membunuh Ketua Komander tersebut, Abu Maryam berundur keluar dari dari bangunan tersebut dan bergegas ke arah Azzam yang berada di luar kawasan utama markas tersebut. Selama tiga puluh minit, mereka berdua kemudiannya terpaksa berhadapan dengan keseluruhan, 2000 orang askar di markas tersebut yang sudah menyedari akan serangan ke atas mereka. Setelah lama buntu, kereta-kereta perisai mula digunakan oleh askar-askar Filipina. Azzam menerima satu tembakan tepat peluru kereta perisai dan gugur syahid .

Tidak menyedari yang Azzam telah gugur, Abu Maryam terus berjuang dan seorang diri beliau bertahan selama kira-kira tiga puluh minit lagi. Beliau berjaya memusnahkan sebuah gudang peluru dan terus membunuh askar-askar musuh seorang demi seorang. Menurut saksi kejadian (ramai para penduduk bandar menyedari ‘kekacauan’ di markas tersebut), pada ketika ini Abu Maryam kelihatan tersenyum dan ketawa. Kereta-kereta perisai akhirnya pada ketika ini sudah mengepung beliau dan beliau ditembak dari semua arah. Akhirnya mujahid berani ini gugur akibat tembakan senjata automatik ke dada beliau dari atas sebuah kereta kebal dan sebutir peluru yang menembusi kepala beliau. Beliau menyertai saudaranya Azzam dan kita doakan mereka berdua diterima Allah SWT dari kalangan para Shuhada.

Tidakpun beberapa saat berlalu, haruman yang teramat wangi memenuhi persekitaran jasad Abu Maryam dan Azzam. Semua yang berada berhampiran kawasan tersebut, samada Muslim mahupun kafir, menghidu haruman istimewa ini. Keesokannya harinya ribuan umat Islam dari perkampungan-perkampungan berhampiran berkumpul untuk mengebumikan dua orang wira mereka. Semua yang menghadiri upacara pengkebumian terus menghidu haruman istimewa tersebut di kawasan kubur mereka walaupun selepas keduanya dikebumikan. Seorang lelaki mengoyak cebisan pakaian salah seorang dari mereka dan menunjukkannya kepada orang Islam. Ia masih berbau wangi.

Lewat hari tersebut, satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Filipina: dalam serangan ke atas Ibu-pejabat tentera pada hari sebelumnya, 21 orang askar terbunuh (termasuk 8 orang pegawai berpangkat tinggi) dan ramai lagi yang cedera. Semua ini hasil perjuangan ikhlas 2 orang Mujahid yang beriman pada Tuhan mereka, dengan keizinan-Nya. “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah.” [al-Baqarah : 249]

Saya masih teringat suatu hari ketika saya bersama-sama dengan Abu Maryam di tepi sebatang sungai untuk membersihkan diri. Saya melihat Abu Maryam berdiri di tebing sungai, merenung sekeping gambar yang berada di tangan beliau. Gambar tersebut adalah gambar anak perempuannya, Maryam, yang sudah dua tahun tidak bertemu. Saya lantas bertanya, “Kau rindukan anakmu, Abu Maryam?” Mendengar soalan saya, Abu Maryam menitiskan air mata, dan menjawab, dengan air mata masih bergenang di kelopak matanya; “Ya, aku merindui puteriku, tetapi demi Allah, aku merindui Allah dan Syurga lebih lagi.”

Sumber: lingokeling.multiply.com

Tiada ulasan: